Showing posts with label HospitalSelayang. Show all posts
Showing posts with label HospitalSelayang. Show all posts

Thursday, August 22, 2019

Welcome- Fungsi Web & Maksud Logo


Selamat Datang- Unit Kesihatan Awam  Hospital Selayang ditubuhkan pada 2006 dan merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang memainkan peranan penting dalam aspek pencegahan, koordinasi kawalan, pendidikan kesihatan dan isu-isu kesihatan awam bagi anggota hospital, orang awam, kemudahan, peralatan, perkhidmatan dan persekitaran supaya tindakan-tindakan dan khidmat nasihat teknikal diberikan mengikut kesesuaian.

Fungsi pautan (web) ini: bagi pemudah cara kepada pengguna (user) di Hospital Selayang untuk mencapai borang-borang notifikasi penyakit berjangkit yang diperlukan secara paper-based. Web ini mempunyai kelebihan penyimpanan borang, pekeliling, akta, dan dokumen umum yang memerlukan ruang penyimpanan data yang lebih besar (15GB). Inisiatif ini bagi membolehkan sustainability dan accessability terhadap keupayaan service pada tahap yang optimum.


Logo Unit Kesihatan Awam Hospital Selayang

MAKSUD LOGO UNIT KESIHATAN AWAM HOSPITAL SELAYANG

Konsep logo mengambil simbol Penguatkuasa dan digabungkankan dengan logo Hospital Selayang. UKA sebuah unit yang menjadi penghubung antara Kesihatan Awam dan Hospital dan memikul beberapa Akta dan Perundangan penting demi kesejahteraan pesakit, orang awam dan warga hospital.

Pereka Asal: Dr. Iszaid Bin Idris

Tarikh: 24 Januari 2017

Maksud logo:
  • Warna Merah yang berani didalam pengurusan yang dinamik·         
  • Warna Biru melambangkan perpaduan yang suci·         
  • warna Kuning melambangkan kedaulatan dalam peraturan dan perundangan·         
  • Warna-warna ini dipilih adalah berasal dari logo Hospital Selayang·         
  • UKA adalah singkatan unit yang digunakan di hospital·         
  • Perkataan Unit Kesihatan Awam Hospital Selayang memudahkan pengenalan terhadap logo·         
  • Bintang Berbuju 14 negeri-negeri dalam Malaysia·         
  • Bentuk Perisai melambangkan fungsi mempertahankan Kesihatan Awam di Hospital·         
  • Bentuk Bulat melambangkan kesepakatan warga kerja Hospital Selayang