Polisi UKA

Polisi Unit Kesihatan Awam Hospital Selayang

1.       PENGENALAN

Unit Kesihatan Awam merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan Klinikal yang memainkan peranan penting dalam aspek pencegahan, koordinasi kawalan, pendidikan kesihatan dan isu-isu kesihatan awam bagi anggota hospital, orang awam, kemudahan, peralatan, perkhidmatan dan persekitaran supaya tindakan-tindakan dan khidmat nasihat teknikal diberikan mengikut kesesuaian.

2.       LOKASI

Unit Kesihatan Awam terletak di Aras 3 Hospital Selayang

3.       VISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika professional untuk warga kerja, pesakit dan pelawat hospital.

4.       MISI

Melaksanakan aktiviti kesihatan awam di hospital dengan memastikan 

perkhidmatan yang diberi berkualiti serta menekankan semangat kerjasama dengan 

penglibatan warga kerja, pesakit dan orang awam.