Inspektorat UKA

PENGENALAN UIP

Secara amnya, Unit Inspektorat & Perundangan (UIP) ditubuhkan  menurut arahan Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bilangan 1/2004, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat bilangan (2) KKM -196 (55/1) SK.1 Bhg.3 bertarikh 11 Februari 2004.
UIP adalah bagi mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan dibawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.
OBJEKTIF UIP
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan serta mengambil tindakan ke atas semua perlanggaran di bawah Akta Makanan 1983 Dan Peraturan Makanan 1985, Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ,Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UIP

(Bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah)
1. Menjalankan pendakwaan terhadap kes- kes AM 1983, APSPP 1975, PPKHT 2004 dan APPPB 1988 di mahkamah. (SEBUTAN/FREE TRIAL/PERBICARAAN)
2. Memastikan Fail siasatan lengkap.
3. Memastikan semua dokumen dan eksibit dibawa ke mahkamah.
4. Penyediaan saksi dan mock trial.
5. Bertanggungjawab dalam mengumpul dan menyediakan reten bulanan aktiviti pendakwaan setiap bulan.
Logo Sektor Inspektorat dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia

PROSEDUR OPERASI PIAWAI UIP

1. UIP-UMUM 01-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM
2. UIP-UMUM-02-07 (PINDAAN 2016) PROSUDER PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN
3. UIP-UMUM-03-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PENYERAHAN SAMAN
4. UIP-UMUM-04-07 (PINDAAN 2016) PROSUDER MENGAMBIL GAMBAR
5. UIP-UMUM-05-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PENDAKWAAN DI MAHKAMAH
6. UIP-UMUM-01-16 PROSEDUR OPERASI ATAU OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN PERUNDANGAN KESIHATAN AWAM
7. UIP-APSPP-01-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PEMERIKSAAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT DI LAPANGAN
8. UIP-APSPP-02-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR IDENTIFIKASI SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT
9. UIP-APSPP-03-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR TINDAKAN KERANA MENGHALANG TUGAS
10. UIP-APSPP-01-16 PROSEDUR MEMASUKI PREMIS DENGAN KEKERASAN YANG MUNASABAH DI BAWAH APSPP 1975
11. UIP-APSPP-02-16 PROSEDUR TAWARAN KOMPOUN DI BAWAH AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975
12. UIP-APPPB-01-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PENGUATKUASAAN PENUTUPAN PREMIS DI BAWAH S.SEK 18(1)(d)
13. UIP-APPPB-02-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PERINTAH PREMIS UNTUK DIBASMI KUMAN, DIBASMI SERANGGA ATAU DIBASMI TIKUS DIBAWAH PERENGGAN 18(1)(c) AKTA 342
14. UIP-APPPB-03-07 (PINDAAN 2016) PROSUDER PERINTAH BARANGAN ATAU BINATANG DIBASMI KUMAN DI BAWAH PERENGGAN 18(1)(e) AKTA 342
15. UIP-APPPB-01-16 PROSEDUR PENGUATKUASAAN PERINTAH PEMERHATIAN ATAU PENGAWASAN DI BAWAH S.SEK 15(1) AKTA 342
16. UIP-APPPB-02-16 PROSEDUR PENGUATKUASAAN DI BAWAH S.SEK 7(1) AKTA 342 - PEMERIKSAAN SANITASI BERKAITAN VEKTOR PADA KENDERAAN (PESAWAT UDARA)
17. UIP-PPKHT-01-16 PROSEDUR PELAKSANAAN NOTIS MEMERINTAHKAN KEHADIRAN DI MAHKAMAH DI BAWAH PER.2 MAKANAN (NOTIS DI BAWAH 32B) 2007 DAN TAWARAN MENGKOMPOUN KESALAHAN DI BAWAH PPKHT 2004
18. UIP-PPKHT-02-07 (PINDAAN 2016) PROSEDUR PENGUATKUASAAN PER.2 KAWALAN HSIL TEMBAKAU 2004 DI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
19. UIP-PPKHT-02-16 PROSEDUR PENGUATKUASAAN BAGI KESLAHAN DI BAWAH PER.8 PPKHT 2004 (PENJUALAN HASIL TEMBAKAU KEPADA ORANG BELUM DEWASA)
20. UIP-PPKHT-03-16 PROSEDUR PENGUATKUASAAN BAGI KESALAHAN DI BAWAH PER.9 PPKHT 2004 (PENJULANA ROKOK DALAM PEKET TERBUKA)(PENJULAN SECARA SEBATANG2)